Pasukan Projek DDMS 2.0, Jabatan Digital Negara (JDN) hadir memberikan latihan Rekod Rahsia Rasmi DDMS 2.0 kepada Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) pada 16 Mei 2024. Sebagai makluman, AKMAL telah menggunakan DDMS 2.0 bermula Mac 2023 dan hingga kini sejumlah 10,542 rekod telah ditawan ke dalam Sistem DDMS 2.0. Sesi lawatan ke Unit Rekod AKMAL turut diadakan bagi melihat aspek-aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan di AKMAL.
Pasukan Projek DDMS 2.0 mengucapkan syabas dan tahniah kepada AKMAL atas usaha mengorak langkah melaksanakan pengurusan rekod secara holistik melibatkan pengurusan rekod rahsia rasmi dalam DDMS 2.0. Adalah diharapkan pelaksanaan ini memberi impak positif dalam pengurusan rekod terutamanya yang melibatkan rekod rahsia rasmi.
Tel : 03-8000 8000
E-mail: ddms2.0@digital.gov.my
Tel : 03-8000 8000
E-mel: ddms2.0@mampu.gov.my