Kursus Pengurusan Rekod Rahsia Rasmi DDMS 2.0 anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah berjaya diadakan dari 21 hingga 23 Jun 2023 di Langkapuri Resort, Langkawi. Kursus ini dilaksanakan secara kolaborasi bersama 3 agensi iaitu MADA sebagai tuan rumah dan turut dihadiri Majlis Daerah Pendang (MDP) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPAK). Pasukan Projek DDMS 2.0 mengucapkan syabas dan tahniah kepada ketiga-tiga agensi ini atas usaha mengorak langkah melaksanakan pengurusan rekod secara holistik melibatkan pengurusan rekod rahsia rasmi dalam DDMS 2.0. Adalah diharapkan pelaksanaan ini memberi impak positif dalam pengurusan rekod kepada agensi terbabit.
Tel : 03-8000 8000
E-mail: ddms2.0@digital.gov.my
Tel : 03-8000 8000
E-mel: ddms2.0@mampu.gov.my