Announcements

Seminar Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0)

Jabatan Digital Negara (JDN) dengan Kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM) telah menganjurkan Seminar Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0) pada 9 Oktober 2024 bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya. Seminar ini bertujuan memberi kesedaran dan menyebar luas penggunaan DDMS 2.0 kepada agensi baharu dalam tadbir urus rekod secara digital. Seminar ini dihadiri sekitar 125 peserta yang terdiri daripada 50 agensi.

Pengisian utama seminar ini dimulakan dengan Taklimat Pelaksanaan DDMS 2.0 oleh Puan Nor Azlina binti Kamarudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JDN disusuli dengan Taklimat Pengurusan Perubahan oleh Puan Gowri P/S Thangaya, Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan, ANM. Seterusnya, sesi perkongsian pengalaman pelaksanaan DDMS 2.0 di Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masing-masing disampaikan oleh Puan Rashidah binti Bahaudin dan Puan Suzana binti Md Isa telah mendapat respon positif daripada peserta yang hadir.

 

Adalah diharapkan penganjuran Seminar DDMS 2.0 ini dapat memberikan input tambahan kepada para peserta dalam pengurusan rekod selain persediaan awal agensi dalam pelaksanaan inisiatif pendigital pengurusan rekod menggunakan DDMS 2.0

 

Other Announcements

7

May

LAWATAN PENANDA ARAS DDMS 2.0 UNITEN KE JABATAN DIGITAL NEGARA

8

Feb

PELAKSANAAN URUSAN PENTADBIRAN RASMI KERAJAAN SECARA DIGITAL SEPENUHNYA

29

Sep

LAWATAN PENANDA ARAS DDMS 2.0 PERDA KE JABATAN DIGITAL NEGARA

Contact us for any enquiries or further information.

Skip to content