Bengkel Kajian Hala Tuju Pelaksanaan Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0) telah diadakan di Hotel Everly Putrajaya pada 4 Jun 2024. Bengkel ini diadakan selaras dengan hasrat Jabatan Digital Negara (JDN) dan Arkib Negara Malaysia (ANM) yang sedang melaksanakan Kajian Hala Tuju Pelaksanaan Sistem DDMS 2.0 bagi tujuan menentukan hala tuju pelaksanaan sistem ini di masa akan datang.
Pasukan kajian telah dibentuk dalam pelaksanaan kajian ini yang terdiri daripada pegawai JDN, pegawai ANM, pegawai Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) serta beberapa wakil daripada agensi pengguna DDMS 2.0.
Segala dapatan input daripada bengkel ini akan dibawa ke bengkel akan datang yang mana Focus Group Discussion (FGD) akan diwujudkan mengikut kumpulan yang bersesuaian. Semoga dengan adanya pasukan kajian ini dapat memberikan input terbaik dalam menentukan hala tuju DDMS 2.0 di masa akan datang.
Tel : 03-8000 8000
E-mail: ddms2.0@digital.gov.my
Tel : 03-8000 8000
E-mel: ddms2.0@mampu.gov.my