Announcements

Latihan Rekod Rahsia Rasmi DDMS 2.0 di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Pasukan Projek DDMS 2.0, Jabatan Digital Negara (JDN) hadir memberikan latihan Rekod Rahsia Rasmi DDMS 2.0 kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada 15 Mei 2024. Sebagai makluman, MAIM telah menggunakan DDMS 2.0 bermula Mei 2019 dan hingga kini sejumlah 170,631 rekod telah ditawan ke dalam Sistem DDMS 2.0. Sesi lawatan ke Unit Rekod MAIM turut diadakan bagi melihat aspek-aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan di MAIM.

Pasukan Projek DDMS 2.0 mengucapkan syabas dan tahniah kepada MAIM atas usaha mengorak langkah melaksanakan pengurusan rekod secara holistik melibatkan pengurusan rekod rahsia rasmi dalam DDMS 2.0. Adalah diharapkan pelaksanaan ini memberi impak positif dalam pengurusan rekod terutamanya yang melibatkan rekod rahsia rasmi.

Gambar selanjutnya >>

Other Announcements

8

Feb

PELAKSANAAN URUSAN PENTADBIRAN RASMI KERAJAAN SECARA DIGITAL SEPENUHNYA

29

Sep

LAWATAN PENANDA ARAS DDMS 2.0 PERDA KE JABATAN DIGITAL NEGARA

9

Oct

Seminar Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0)

Contact us for any enquiries or further information.

Skip to content