9 Mac 2023, Taklimat Kesedaran DDMS 2.0 Sempena Muzakarah Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) Dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN)/ Mahkamah Syariah Negeri (MSN) Tahun 2023 bertempat di Hotel Grand Continental Langkawi, Kedah. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Nor Azlina binti Kamarudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU. Muzakarah rekod ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Suffian bin Abu Yaziz , Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). JKSM merancang untuk peluasan DDMS 2.0 di seluruh JKSN dan MSN pada tahun 2023. JKSN dan MSN kini dalam proses mendapatkan perakuan Klasifikasi Fail dari Arkib Negara Malaysia. Tahniah diucapkan kepada JKSM atas perancangan peluasan ini, semoga hasrat JKSM untuk peluasan DDMS 2.0 di seluruh cawangan JKSN dan MSN tercapai pada tahun 2023.
Tel : 03-8000 8000
E-mail: ddms2.0@digital.gov.my
Tel : 03-8000 8000
E-mel: ddms2.0@mampu.gov.my