Delegasi National Archives of Qatar (NAQ) yang diketuai YBrs. Puan Aisha Khalid Al Saad, Timbalan Ketua Setiausaha (NAQ) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Jabatan Digital Negara bagi mengetahui pelaksanaan Digital Document Management System 2.0 (DDMS2.0) bagi agensi sektor awam. Encik Frank Chee Hoh He, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi dan juga ketua projek DDMS telah mempengerusikan sesi lawatan dan menyampaikan taklimat ringkas mengenai DDMS. Turut hadir ke sesi tersebut adalah tiga pegawai daripada Arkib Negara Malaysia dan pasukan DDMS2.0. Delegasi NAQ juga berkesempatan untuk bertemu YBrs. Ts. Dr. Fazidah binti Abu Bakar, Ketua Pengarah di penghujung sesi lawatan.
Tel : 03-8000 8000
E-mel: ddms2.0@digital.gov.my
Tel : 03-8000 8000
E-mel: ddms2.0@mampu.gov.my