HEBAHAN

Latihan Pelaksanaan Rintis DDMS 2.0 Fasa Baharu Siri 1 dan Siri 2

Latihan Pelaksanaan Rintis DDMS 2.0 Fasa Baharu Siri 1 dan Siri 2 Untuk MAMPU diadakan di Bilik Banquet, Aras 6, MAMPU Cyberjaya dan Bilik Latihan MYGCC, Bangunan KWAP Cyberjaya pada 29-30 Mac 2023. Latihan Siri 1 dan 2 diwakili oleh 40 orang pegawai MAMPU yang terdiri daripada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pegawai Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) bahagian-bahagian di MAMPU. Seterusnya pelaksanaan rintis fasa baharu ini akan dilaksanakan oleh MAMPU, ARKIB dan CGSO bermula 20 Mac 2023 sehingga 21 April 2023.

Objektif Latihan Pelaksanaan Rintis DDMS 2.0 adalah bagi memberi pendedahan awal berkaitan pembangunan fungsi baharu DDMS 2.0 serta penambahbaikan fungsi sedia ada, pegawai yang hadir dilantik menjadi duta kepada pegawai-pegawai di bahagian untuk menggunakan fungsi fasa baharu DDMS 2.0 serta memastikan pelaksanaan DDMS 2.0 di bahagian masing-masing menjadi semakin mantap dan berkesan.

Hebahan Lain

4

Jun

BENGKEL KAJIAN HALA TUJU PELAKSANAAN DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM 2.0 (DDMS 2.0)

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.

Skip to content