Mengenai DDMS 2.0

Latar Belakang

Projek DDMS 2.0 merupakan salah satu inisiatif di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (CCI), Projek Penggerak Ekonomi (EPP6) e-Kerajaan – Pelaksanaan Kerajaan Tanpa Kertas: Digital Document Management System (DDMS 2.0) Sektor Awam.

Jabatan Digital Negara (JDN) dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah membangunkan DDMS 2.0 untuk menguruskan rekod-rekod digital bagi keseluruhan kitaran hayatnya iaitu daripada proses pewujudan dan penawanan, penyimpanan dan penyelenggaraan, penggunaan dan pengaksesan, serta pelupusan secara digital.

Kerjasama strategik dalam pembangunan DDMS 2.0 meletakkan peranan JDN sebagai teraju pengurusan projek DDMS 2.0 merangkumi pembangunan dan penyelenggaraan sistem, penyediaan infrastruktur serta peluasan ke agensi sektor awam.

ANM berperanan sebagai Subject Matter Expert (SME) yang telah membangunkan spesifikasi dan menguji fungsi serta keupayaan sistem DDMS 2.0 mengikut prinsip pengurusan rekod secara keseluruhan yang meliputi kitaran hayat rekod daripada pewujudan sehingga pelupusan dan memastikan ciri-ciri rekod iaitu kesahihan, keandalan, integriti dan ketersediaan rekod tersebut dikekalkan.

ANM berperanan dalam pembangunan klasifikasi fail Urusan Am dan Urusan Fungsian agensi sektor awam serta jadual pelupusan rekod fungsian jabatan sebagai prasyarat utama sebelum agensi sektor awam melaksana dan menggunakan Aplikasi DDMS 2.0.

Manakala CGSO pula berperanan sebagai Subject Matter Expert (SME) bagi pengurusan rekod rahsia rasmi dan penentuan ciri-ciri keselamatan sistem dalam menjamin integriti, kerahsiaan dan keselamatan rekod rahsia rasmi.

Surat Ketua Pengarah MAMPU kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian bertarikh 26 Januari 2015 telah dikeluarkan untuk memaklumkan pelaksanaan DDMS 2.0 bagi meningkatkan kepantasan akses kepada maklumat, mengurangkan penggunaan kertas, meningkatkan sistem penyampaian serta menjamin perkhidmatan kerajaan yang lebih telus. Sistem DDMS 2.0 mula digunakan di sektor awam pada Jun 2015.

Evolusi Pengurusan Rekod Elektronik Kerajaan

1999-2010
GENERIC OFFICE ENVIRONMENT-ELECTRONIC GOVERNMENT DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM (GOE-EGDMS)

Projek GOE-EGDMS merupakan salah satu projek di bawah aplikasi perdana Kerajaan Elektronik yang telah disenaraikan dalam Blueprint for Electronic Government Implementation (1997) selaras dengan gagasan Multimedia Super Corridor (MSC).

Bertujuan untuk menyediakan satu aplikasi yang berupaya membantu agensi Kerajaan menguruskan dokumen dan pelaksanaan kerja dalaman agensi supaya menjadi lebih cekap dan berkesan dan dikendalikan secara elektronik, beroperasi tanpa kertas berlandaskan komunikasi pantas.

2012-2015
DDMS 1.0

Sistem pengurusan rekod elektronik untuk sektor awam yang meliputi keseluruhan kitaran hayat pengurusan rekod, iaitu pewujudan, penggunaan, pengedaran, penyenggaraan dan pelupusan untuk rekod terbuka sahaja secara Manage Services.

2015-2017
DDMS 2.0 (FASA I)

Pematuhan Tatacara Pengurusan Rekod Rasmi.

2017-2019
DDMS FASA 2.0 (FASA II)

Pematuhan Tatacara Pengurusan Rekod Rahsia Rasmi.

2021-2024
DDMS 2.0 (FASA III)

Penambahbaikan sistem bagi memenuhi:

  • Penambahbaikan fungsi modul sedia ada
  • Tandatangan Digital
  • Perkongsian rekod antara agensi
  • Aplikasi mobile

Objektif

Projek DDMS 2.0 bertujuan untuk membangunkan sistem pengurusan rekod yang menguruskan rekod rasmi dan rahsia rasmi kerajaan bagi keseluruhan kitaran hayatnya iaitu daripada proses pewujudan, penawanan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengedaran dan pelupusan rekod secara digital dan sistematik.

Ketelusan Pentadbiran

Meningkatkan kecekapan capaian kepada maklumat dan ketelusan pentadbiran

Selamat dan Sistematik

Meningkatkan kawalan ke atas pengurusan rekod Sektor Awam secara lebih sistematik

Pengurusan Rekod Elektronik

Memelihara Memori Institusi Negara dan meningkatkan sistem penyampaian kerajaan

Punca Kuasa

25 Januari 2015

Surat Ketua Pengarah MAMPU kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian 26 Jan 2015 : Pelaksanaan DDMS 2.0 untuk meningkatkan kepantasan akses kepada maklumat, mengurangkan penggunaan kertas, meningkatkan sistem penyampaian serta menjamin perkhidmatan kerajaan yang lebih telus

18 Mei 2016

Surat Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri 18 Mei 2016 : Pemakluman Kertas Keputusan Pelaksanaan Pengurusan Dokumen Rahsia Rasmi Dalam DDMS 2.0 untuk kategori TERHAD dan SULIT

21 Disember 2020

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 (Dasar Bekerja dari Rumah) 21 Disember 2020 : Menggunakan DDMS 2.0 atau pindaannya dari semasa ke semasa untuk menguruskan dan berkongsi dokumen kerajaan dengan cekap dan selamat

Pematuhan Akta/Prosedur

Mematuhi Akta Arkib Negara 2003

Mematuhi MS ISO 16175-1:2021 SPA Bil. 2/2016

Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 ISMS

Mematuhi Akta Rahsia Rasmi 1972 Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017)

Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara (AKSA MySEAL)

Mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007

Berpusat

(Cloud Computing)

Capaian 24X7

Pelbagai platform capaian

Akta Tandatangan Digital 1997 (2022)

Teknologi

Cloud Computing

Cloud-Software as a Service (SaaS) MyGovCloud

Disaster Recovery Centre

Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Bandar Enstek

Active Database

Real-time Data Replication (Tempoh Sedia – 2 jam)

High Availability Architecture

Memastikan ketersediaan sistem 24×7

Enterprise Content Management

Aplikasi – Enterprise Content Management (DoD 5015.02 Chapter 2 and 3 Certification Electronic Record Management)

Faedah

Pemantauan ke atas Minit/Tugasan dengan lebih berkesan

Mengatasi kebocoran maklumat

Rekod dapat diakses dengan lebih cepat dan mudah

Pematuhan prosedur Pengurusan Rekod

Mengatasi kelewatan terimaan dan kehilangan surat

Repository maklumat kerajaan

Kecekapan membuat keputusan

Any time Any where and Any device

Status Pelaksanaan

*Sehingga 2 Oktober 2024

200

Agensi

50

Persekutuan

50

Badan Berkanun Persekutuan

0

Badan Berkanun Diasingkan Saraan

0

Badan Berkanun Negeri

0

Kerajaan Negeri

0

Kerajaan Tempatan

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.

Skip to content