Pasukan Projek DDMS 2.0, Jabatan Digital Negara (JDN) terlibat sebagai pempamer sempena Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 pada 28 Mei 2024 anjuran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bertempat di Kompleks F, Putrajaya. Selain DDMS 2.0, produk MyGovUC turut dipamerkan semasa pameran tersebut.
YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sudi melawat ke reruai JDN untuk menyampaikan sijil penyertaan sebagai pempamer.
Tel : 03-8000 8000
E-mel: ddms2.0@digital.gov.my
Tel : 03-8000 8000
E-mel: ddms2.0@mampu.gov.my