Pelaksanaan Pengurusan Rekod Rahsia Rasmi DDMS 2.0 di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMGSBH) telah diadakan bermula 5 hingga 7 Mac 2024 di JKSNS. Kursus yang dilaksanakan secara kolaborasi antara JKSNS dan JMGSBH ini melibatkan sekitar 40 pegawai dan turut dihadiri oleh YAA Tuan Ahadin bin Arinen, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah. Disamping itu, sesi refreshment berkaitan pengurusan rekod rasmi dan sesi lawatan ke unit rekod turut diadakan bagi melihat aspek-aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan di agensi tersebut.
Pasukan Projek DDMS 2.0 mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua agensi ini atas usaha mengorak langkah melaksanakan pengurusan rekod secara holistik melibatkan pengurusan rekod rahsia rasmi dalam DDMS 2.0. Adalah diharapkan pelaksanaan ini memberi impak positif dalam pengurusan rekod kepada agensi terbabit.
Tel : 03-8000 8000
E-mel: ddms2.0@digital.gov.my
Tel : 03-8000 8000
E-mel: ddms2.0@mampu.gov.my